05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Lawatan Kerja Y.D.M. Tengku Setia Dan Y.D.M. Tengku Sri Paduka Shah Bandar Bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Ke Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

LDR1

2 April 2015, Khamis, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berbesar hati menerima keberangkatan Y.D.M Tengku Setia dan Y.D.M Tengku Sri Paduka Shah Bandar hari ini yang telah perkenan untuk mengadakan Lawatan Kerja ke Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Turut hadir sama adalah Tuan Haji Ahmad Zaki Bin Arshad, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Pegawai-Pegawai Kanan JAIS.

Keberangkatan tiba Y.D.M Tengku Setia dan Y.D.M Tengku Sri Putra Shah Bandar bersama rombongan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah disambut penuh mesra oleh YBhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bersama Pegawai-Pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Majlis dimulakan dengan Ucapan  Aluan oleh YBhg. Pengarah JAWI disusuli dengan sembah taklimat konsep pembangunan dan tayangan video berkenaan Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah dan diakhiri dengan penyampaian Cendera Kenangan kepada Y.D.M. Tengku Setia.

Y.D.M Tengku Setia dan Y.D.M Tengku Sri Putra Shah Bandar kemudian dibawa melawat ke Tapak Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah bagi melihat dengan lebih dekat proses pengurusan pengebumian jenazah dijalankan serta meninjau kemudahan-kemudahan yang disediakan di sini.

  

 

LDR2 LDR3
LDR4 LDR5
LDR6 LDR7
 
Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Kariah,
JAWI, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel