05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

IJTIMAK & MAJLIS PENYAMPAIAN SAGUHATI AHLI JAWATANKUASA MASJID/ SURAU JUMAAT WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2015

 

IAJK20151

30 Mac 2015 (Isnin)– Bahagian Pengurusan Kariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Ijtimak & Majlis Penyampaian Saguhati Ahli Jawatankuasa Masjid/ Surau Jumaat Wilayah Persekutuan Tahun 2015 di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan.

 

Ijtimak ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Hj. Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir  ialah YBhg. Dato’ Hj. Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan YBhg. Tn. Hj. Paimuzi Bin Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.   

 

Dalam Ijtimak ini, 1000 peserta telah mengikuti 2 pembentangan kertas kerja iaitu “Bahaya IS Menurut Perspektif Keselamatan yang  disampaikan oleh SAC Dato’ Ayob Khan Bin Mydin Pitchay, KPP E8 Counter Terrorism Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan “ Pentadbiran Institusi Masjid Menurut Akta Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 disampaikan oleh Encik Mohd Shahrizal Syah Bin Zakaria, Ketua Unit Undang-Undang MAIWP.

 

YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menyempurnakan penyampaian saguhati kepada AJK Masjid dan Surau Jumaat  seluruh Wilayah Persekutuan sesi 2014 yang berjumlah RM993,650.00. Beliau juga turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 14 masjid yang berjaya mencapai gred 5 bintang bagi penarafan bilik air dan tempat wuduk di masjid-masjid seluruh Wilayah Persekutuan.  

 

IAJK20152 IAJK20153
IAJK20154 IAJK20155
IAJK20156 IAJK20157
 
Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Kariah,
JAWI, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel