05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

SEMINAR PEMANTAPAN KELUARGA 2015

"MENYEMAI CINTA HINGGA KE SYURGA"

seminar pic 1


 

19 MAC 2015  (KHAMIS) - Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Seminar Pemantapan Keluarga Tahun 2015 yang bertemakan : "Menyemai Cinta Hingga Ke Syurga", bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara. Seminar  tersebut  bermula pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang dan dimeriahkan dengan kehadiran 100 orang peserta.

 

 Antara objektif seminar tersebut adalah untuk memberikan petua-petua bagi pasangan menyemai dan meningkatkan kasih sayang bagi melahirkan rumahtangga yang bahagia, memberikan penerangan berkenaan cara-cara berhadapan dan mengatasi konflik dalam rumahtangga dan  meningkatkan pengetahuan peserta mengenai hak-hak dan tanggungjawab setiap pasangan dalam sesebuah institusi keluarga.

 

Seminar tersebut telah diisi dengan dua slot ceramah. Slot pertama yang bertajuk "Pengurusan Konflik Rumahtangga" dibentangkan oleh Tuan Haji Norazman bin Amat dari Pusat Kaunseling MAINS, manakala slot kedua dibawakan oleh Ustaz Suhaimi bin Ahmad Wakid dari Bahagian Undang-Undang Keluarga, JAIS yang bertajuk :Menyemai Cinta hingga ke  Syurga".   

 

   
seminar pic 2 seminar pic 3
seminar pic 4 seminar pic 5
 
Disediakan Oleh:
Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga,
JAWI, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel