05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KELAS PENGAJIAN CERAMAH AQIDAH MUSLIMIN SIRI 1/2015

ag1

25 MAC 2015 | 04 JAMADILAKHIR 1436H ( RABU ) - Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan KELAS PENGAJIAN CERAMAH AQIDAH MUSLIMIN SIRI 1/2015 bertempat di Surau Al-Muhajirin, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana Kuala Lumpur.  

Program ini dihadiri 130 orang peserta dari pelbagai agensi Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan di Wilayah Persekutuan ini bertujuan:-

  • Memberi pendedahan kepada penjawat awam mengenai 3 aspek penting agama iaitu aqidah, syariah dan akhlak.
  • Membentuk intelektual dan keperibadian yang tinggi di kalangan penjawat awam dan dalam usaha membentuk keluarga, masyarakat dan Negara yang cemerlang; dan
  • Memberi panduan kepada penjawat awam dalam menyelesaikan permasalahan sosial dan displin yang timbul kesan daripada kurangnya pengetahuan agama.

Ceramah Siri 1//2015 ini melibatkan 3 slot ceramah iaitu ceramah SLOT PERTAMA membincangkan tajuk Aqidah Muslimin yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Mustakim bin Mahmood @ Fauzi dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, manakala SLOT KEDUA membincangkan tentang Tazkiyah Al-Nafs di sampaikan oleh Ustaz Zulkifli bin Jusoh, Masjid Al-Qurtubi, Taman Sri Segambut, Kuala Lumpur  dan SLOT KETIGA bertajuk: Fiqh Ibadah disampaikan oleh Ustaz Soghir bin Sunny dari Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Kuala Lumpur, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.  Makluman siri berikutnya adalah seperti jadual dibawah:

SIRI

TARIKH

TAJUK

TEMPAT

MASA

SIRI 2

29/04/15

Slot 1: Aqidah Muslimin

Slot 2: Al-Quran Sebagai Sumber Utama Hukum

Slot 3: Fiqh Ibadah

Dewan Hadhari,              Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, Kuala Lumpur

08:00 pg-04:30 Ptg

SIRI 3

27/05/15

SIRI 4

29/07/15

Semoga ilmu yang telah dicurahkan oleh para penceramah pilihan dapat memberi kefahaman mengenai Islam dengan lebih jelas dan dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam kehidupan seharian.

 
ag3 ag4
ag5 ag2

Foto dan teks oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI


Cetak   Emel