05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

BENGKEL PENULISAN TEKS KHUTBAH BERKUALITI JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 2015

 

BPTK1

 

17-20 Mac 2015 (Selasa-Jumaat) – Bahagian Pengurusan Kariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Bengkel Penulisan Teks Khutbah JAWI 2015 bertempat di Cherengin Hills Convention & Spa Resort, Janda Baik Pahang. Bengkel yang berlangsung selama empat hari tiga malam tersebut merupakan program berkala yang dijalankan oleh Cawangan Khutbah Dan Latihan, Bahagian Pengurusan Kariah dengan melibatkan serama 20 orang peserta yang merupakan penulis-penulis teks khutbah Jabatan. Mereka terdiri daripada penulis-penulis baru dan lama dari kalangan pensyarah-pensyarah IPTA, pegawai-pegawai dari Jabatan Agama Islam Melaka, Majlis Agama Islam Kelantan serta pegawai-pegawai dan kakitangan JAWI.  

.

Objektif bengkel tersebut ialah untuk memberi pendedahan kepada setiap peserta mengenai penulisan teks khutbah yang lebih berkualiti, jelas dan mampu menarik minat para jemaah terhadap gaya bahasa yang disampaikan dalam khutbah tersebut. Melalui bengkel tersebut, setiap peserta dikehendaki memilih salah satu daripada tajuk-tajuk khutbah yang telah disediakan oleh Jabatan. Hasil perbincangan dan perkongsian maklumat di antara peserta dan fasilitator, beberapa teks khutbah telah berjaya disiapkan dan dibentangkan semasa bengkel berlangsung. Selain itu, para peserta juga diberi pendedahan mengenai Garis Panduan Penulisan Teks Khutbah JAWI yang perlu dipatuhi dalam penulisan teks khutbah Jabatan ini.

.

Bengkel tersebut turut dihadiri oleh Y.Bhg Ustaz Pahrol bin Mohd Juoi, Pengurus Besar Fitrah Perkasa Sdn. Berhad selaku penceramah dan fasilitator. Beliau telah membantu para peserta dalam memantapkan lagi penulisan teks khutbah yang dihasilkan. Bengkel tersebut dirasmikan oleh Tuan Haji Jaafar Bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Kariah JAWI. 

 

 

BPTK2 BPTK3
BPTK4 BPTK5
BPTK6 BPTK7

 
Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Kariah,                                                                                                  

JAWI, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel