05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Perasmian Sekolah Rendah Agama Abu Dzar Al-Ghifari, Taman Beringin, Jinjang Utara, Kuala Lumpur

Ghifari IMG 0232

12 Mac 2015 (Khamis) – YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Bin Haji Baharom (B), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri hari ini merasmikan Sekolah Rendah Agama (SRA) Abu Dzar Al-Ghifari, Taman Beringin, Jinjang Utara, Kuala Lumpur.

Sekolah berkenaan merupakan projek yang dibangunkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di atas tapak berkeluasan 1.214 hektar milik MAIWP dengan kos sebanyak RM7,422,457.26 juta. Dari segi fizikalnya, sekolah ini mempunyai dua blok bangunan 4 tingkat dengan 24 buah bilik darjah. Ia turut dilengkapi dengan kemudahan pejabat, bilik guru besar, bilik guru, bilik guru penolong kanan, bilik buku teks, surau, sebuah dewan dan sebuah kantin. Sehingga hari ini, SRA Abu Dzar Al-Ghifari mempunyai seramai 643 orang murid bagi sesi pagi dan petang dengan jumlah guru seramai 21 orang terdiri daripada 17 perempuan dan 4 lelaki setelah mula beroperasi pada 14 Mei 2014 yang lalu. Bagi menjamin kelancaran dan keselamatan murid dan sekolah, pihak JAWI telah menempatkan dua orang Pekerja Am dan dua orang Pengawal Keselamatan.

Menyingkap kembali sejarah pembinaan sekolah ini, pada peringkat asalnya dilaksanakan sebagai sebuah kelas KAFA yang beroperasi di Surau Hidayatul Mustaqimah. Pada tahun 1990, JAWI telah membina satu blok bangunan tambahan di hadapan surau dan telah didaftarkan sebagai SRA Hidayatul Mustaqimah. Pada 13 April 2006, telah berlaku runtuhan tanah di belakang bangunan SRA Hidayatul Mustaqimah yang menyebabkan sebahagian dari satu blok bangunan SRA berkenaan turut runtuh. Buat sementara waktu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menempatkan 6 unit kabin untuk dijadikan sebagai kelas sementara.

Pada 17 Januari 2008, JAWI telah mengemukakan permohonan pembinaan SRA baharu ini kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk dipohon di dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK-9) bagi mendapat kelulusan daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU). Dalam masa yang sama juga, JAWI turut mengemukakan permohonan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi cadangan pembinaan SRA ini. Mesyuarat MAIWP bertarikh 2 Mac 2010 kali ke 112, Bil.1/2010 telah meluluskan projek pembinaan bangunan baharu SRA ini.

Ghifari IMG 0199 Ghifari IMG 0176
Ghifari IMG 0188 Ghifari IMG 0217
Ghifari IMG 0227 Ghifari IMG 0207

Foto oleh:

Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria

Teks oleh:

Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan,

JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel