05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Perasmian Pusat Khidmat Keluarga, Sosial Dan Komuniti (PKKSK) JAWI, Bangunan UTC – Kuala Lumpur, Pudu Sentral

UTC IMG 0071

5 Mac 2015 (Khamis) – Inisiatif Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengembangkan operasi Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) dari masjid-masjid ke pusat tumpuan orang ramai iaitu UTC Pudu Sentral dan UTC Mini Keramat merupakan strategi jabatan ini untuk mendekati masyarakat secara lebih efektif.

YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri berkata, penjenamaan semula dan perubahan tempat ini telah memberi impak yang sangat jelas kepada JAWI dan orang awam.

“Ini dibuktikan melalui jumlah kehadiran pelanggan ke PKKSK sangat memberangsangkan, dalam tempoh sebulan pertama beroperasi seramai 106 orang telah hadir di kedua-dua UTC untuk mendapatkan khidmat,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Perasmian PKKSK di Bangunan UTC Kuala Lumpur, Pudu Sentral.

Beliau berkata inisiatif dan inovasi yang dilakukan oleh JAWI yang berada di bawah agensi agama adalah bertujuan untuk membantu masyarakat di luar sana yang ingin mendapat khidmat nasihat dengan lebih mudah dan berkesan.

“Dengan kehadiran mereka dengan jumlah yang ramai, maka peranan JAWI untuk membantu masyarakat akan lebih mencabar,” katanya yang juga merupakan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Hadir sama di majlis berkenaan ialah YBrs. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha MAIWP, YBrs. Encik Bukhari Bin Md Akhir, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keluarga Sosial Dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta YBhg. Datuk Che Mat Bin Che Ali, Pengerusi Pusat Pungutan Zakat (PPZ – MAIWP).

PKKSK telah memulakan operasinya pada 12 Januari 2015. Pusat ini merupakan penjenamaan semula daripada nama lamanya iaitu Pusat Pembangunan Keluarga Islam (PPKI) dan Pusat Khidmat Sosial (PKS) yang mana telah mula beroperasi sejak tahun 1999. Sehingga tahun 2014, kedua-dua pusat berkenaan telah beroperasi di 10 buah masjid di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Seramai dua orang petugas tetap ditempatkan di kedua-dua pusat ini dan dibantu oleh seramai 44 orang fasilitator yang dilantik dari kalangan mereka yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi dalam menjalankan perkhidmatan kemasyarakatan. PKKSK di kedua-dua UTC ini beroperasi dari jam 8 pagi hingga 10 malam setiap hari kecuali cuti umum.

PKKSK turut berfungsi sebagai satu pusat tumpuan kepada masyarakat yang mempunyai pelbagai aktiviti dan sebagai pusat rujukan masyarakat bagi pelbagai perkara dan masalah. Selain itu juga, PKKSK menawarkan khidmat rundingcara dan nasihat kepada semua golongan masyarakat. Pusat ini juga tidak hanya tertumpu kepada menyelesaikan masalah keluarga sahaja, tetapi juga masalah sosial yang melibatkan golongan remaja dan golongan komuniti di sayangi.

UTC IMG 0018 UTC IMG 0057
UTC IMG 0064 UTC IMG 0063
UTC IMG 0068 UTC IMG 0135

Foto dan teks oleh:

Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan,

JAWI, Cawangan Kuala Lumpur


Cetak   Emel