05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Kesedaran Halal Siri 1/2015 Peringkat Wilayah Persekutuan

gambar 3

26 Februari 2015 (Khamis) – Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Bahagian Hab Halal JAKIM dan Masjid Negara telah menganjurkan Seminar Kesedaran Halal Siri 1/2015 bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur yang bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Seminar tersebut telah dihadiri seramai 350 orang yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan di Wilayah Persekutuan.

Antara pengisian dalam Seminar Kesedaran Halal Siri 1/2015 ialah pembentangan kertas kerja 1 yang bertajuk ‘Isu-isu Berkaitan Produk Makanan Halal’ yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hawari Bin Hassan, Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM. Manakala sesi pembentangan kertas kerja 2 telah diamanahkan oleh Puan Nor Fadzilah Bt. Abdul Kahar,  Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM dengan tajuknya ‘Isu Perubatan dan Kosmetik Halal’. Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JAWI, Ustaz Abd Fatah Bin Yusof telah mengakhiri sesi pembentangan kertas kerja dengan pembentangan kertas kerja 3 yang bertajuk ‘Kenapa Kita Memerlukan Produk Makanan Halal’.

Majlis Perasmian Penutup Seminar Kesedaran Halal Siri 1/2015 telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Che Husain Bin Isa, Timbalan Pengarah Operasi JAWI.

gambar 2 Kesedaran 05
Kesedaran 04 gambar 1

Foto dan teks:

Bahagian Penyelidikan, JAWI

 

 

 


Cetak   Emel