05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Temuduga semula imam dan bilal masjid/surau jumaat Wilayah Persekutuan Labuan.

temuduga 3 
 

16 Januari 2014 (Jumaat)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan telah mengadakan temuduga penilaian semula semua imam dan bilal masjid dan surau jumaat Wilayah Persekutuan Labuan.Seramai 80 orang telah dipanggil untuk temuduga yang berlangsung pada 12 hingga 15 Januari 2015.Temuduga diadakan adalah untuk menilai semula semua imam dan bilal lantikan sebelum tahun 2013 yang berkhidmat di masjid dan surau jumaat di Wilayah Persekutuan Labuan.

Antara objektif temuduga tersebut ialah untuk mengesahkan imam dan bilal yang berkhidmat di masjid dan surau jumaat untuk penyambungan atau penamatan perkhidmatan. Selain itu, ia juga untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dari sudut Ibadah, Akidah, Fiqh dan kemahiran al-Quran imam dan bilal untuk ditambah baik pada masa akan datang.

Panel temuduga yang terlibat adalah Ustaz Mohd Zaki bin Mat Salleh, Penolong Pengarah Kanan Cawangan Pengurusan Kariah, Ustaz Mohd Najeeb bin Abd Rahim, Ketua Imam Masjid Jamek An-Nur dan Ustaz Zulkefly bin Adimun, Ketua Imam Masjid Jamek Al-Mahmudiyyah.

Antara dapatan temuduga ini juga akan dapat memantapkan lagi institusi masjid dan surau dengan imam dan bilal yang berkebolehan dan berpengetahuan melalui program-program yang akan diadakan pada masa hadapan.

temuduga1   temuduga 2
 temuduga 4  temuduga 5
 

Foto dan teks oleh:

JAWI Labuan


Cetak   Emel