05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1436H/2015M

Kepong IMG 0167

10 Januari 2014M / 19 Rabi’ulawal 1436H (Sabtu) – Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1436H/2015M telah dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertempat di Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Bandar Menjalara, Kepong, Kuala Lumpur.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul tahun ini bertemakan ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’ diadakan bagi mengingati ulang tahun kelahiran insan terpilih Nabi Muhammad S.A.W. yang telah membawa hidayah ke sekalian alam.

Program ini diadakan sebagai salah satu taqwim tahunan selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan. Majlis seumpama ini mampu dijadikan wadah penyatuan umat Islam dan penyebaran syiar Islam khususnya kepada seluruh masyarakat Wilayah Persekutuan. Ia juga dapat membangkitkan semangat umat Islam untuk menjadi mata rantai kepada perjuangan suci yang digagaskan oleh Rasulullah S.AW.

Program dimulakan dengan Ceramah Khas Maulidur Rasul oleh S.S Mufti Wilayah Persekutuan, YBhg. S.S Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri. Seterusnya, majlis telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya; Pengarah JAWI. Turut hadir Ustaz Che Husain Bin Isa; Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI.

Turut diadakan penyampaian Anugerah Maulidur Rasul kepada individu-individu dan agensi yang telah banyak memberi sumbangan kepada umat Islam di Wilayah Persekutuan. Sebanyak 8 penerima anugerah telah dianugerahkan kepada INDIVIDU seperti berikut:

1.         Anugerah Khas Pendakwah - Tuan Hj Wan Halim Bin Wan Harun

2.         Anugerah Khas Saudara Baru - Cik Alifah Ting Binti Abdullah

3.         Anugerah Khas Maulidur Rasul - Encik Mohd Azhar Bin Ismail

4.         Anugerah Khas Imam - Tuan Hj Abd Halim Bin Yatim (Zon 3)

5.         Anugerah Khas Bilal - Encik Nazri Bin Ahmad (Zon 6)

Penerima anugerah menerima wang saguhati berjumlah RM3,000.00 berserta hadiah iringan dan sijil penghargaan.

Manakala bagi penerima INSTITUSI adalah seperti berikut:

1.         Anugerah Masjid Terbaik - Masjid Amaniah Kepong (Zon 1)

2.         Anugerah Surau Jumaat Terbaik - Madrasah Islahiyyah Addiniah (Zon 2)

3.         Anugerah Surau Biasa Terbaik - Surau Al-Makmur (Zon 5)

Penerima anugerah menerima wang saguhati berjumlah RM5,000.00, hadiah iringan dan sijil penghargaan.

Penghargaan ini diharapkan dapat mencetus motivasi dan inspirasi kepada semua pihak termasuk individu mahupun agensi untuk terus berusaha meningkatkan kualiti demi menegakkan dan meletakkan syiar Islam di tempat yang tertinggi.

Kepong IMG 0077 Kepong IMG 0090
Kepong IMG 0088 Kepong IMG 0141
Kepong IMG 0184 Kepong IMG 0193

 

Foto oleh:

Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria

Teks oleh:

Bahagian Dakwah


Cetak   Emel