05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Semua Calon Program Tansformasi Minda 2014 Lulus

 

8 Januari 2015 (Khamis) – JAWI mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada semua calon Program Transfomasi Minda (PTM) yang lulus dengan jayanya pada tahun 2014.  PTM telah dilaksanakan sebanyak 3 siri oleh Bahagian Khidmat Pengurusan, JAWI kepada Pegawai Lepasan Diploma DG29 yang melibatkan seramai 167 orang.

 

 

Majlis Penyampaian Sijil PTM telah diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Seramai 150 orang telah hadir dalam majlis tersebut. Penyerahan sijil telah dilakukan oleh YBhg Tuan Hj Musa bin Ranli, Ketua Penolong Pengarah Kanan mewakili Timbalan Pengarah Operasi JAWI.

 

PTM adalah satu program yang menggantikan kursus induksi. Pengisian program tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada setiap penjawatan awam tentang pelbagai peraturan yang harus dipatuhi iaitu merujuk kepada Perintah Am atau sebarang Pekeliling Perkhidmatan Awam yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Selain itu, Sijil PTM ini adalah merupakan salah satu syarat bagi tujuan pengesahan jawatan.

 

Semoga semua pegawai DG29 yang telah berjaya dalam PTM, terus berkhidmat dan berbakti dengan penuh komitmen serta bersungguh dalam tugasan demi Agama, Bangsa dan Negara.

 

   

 

 

 

 


Cetak   Emel