05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1436H/2015M Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan

Maulud Labuan 003

10 Januari 2015M / 19 Rabiulawwal 1436H (Sabtu)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1436H/2015M Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan bertempat di Dataran Labuan.

Objektif program ialah untuk mengingati hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. dan menjadikan peribadi  Baginda S.A.W. sebagai contoh ikutan yang terbaik.  Sambutan ini juga, mengajar umat Islam kepada erti perjuangan dan pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W., perjuangan Ilahi yang hakiki, dan kecintaan kepada kehidupan ukhrawi yang kekal abadi.

Program tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Rozman Bin Datuk Haji Isli Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Labuan. Turut hadir ialah Yang Berbahagia Senator Datuk Haji Yunus Bin Haji Kurus, Ahli Dewan Negara beserta Datin, Dato’ Mohd Nadzri Bin Osman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan dan Datin, Yang Berbahagia Datuk Che Mat Bin Che Ali, Pengerusi Pusat Pungutan Zakat dan Yang Berusaha Tuan Haji Sabarudin Bin Hasan, Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua kampung dan masyarakat Labuan. Hampir 5000 orang hadir meraikan majlis tersebut.

Sebanyak 73 kontinjen telah turut serta di dalam pertandingan sepanduk dan perarakan pada kali ini. Majlis ini turut diserikan dengan persembahan nasyid dari kumpulan Al Furqan yang tidak asing lagi bagi masyarakat Labuan. Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1436H/2015M Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan ini, 1 orang tokoh telah dipilih untuk menerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul iaitu Tuan Haji Mulok @ Muluk Bin Sulaiman, Beliau telah menerima hadiah berjumlah RM 2,000.00, sijil penghargaan dan hadiah iringan.

Acara kemuncak sambutan ini ialah penyampaian kepada pemenang-pemenang pertandingan sepanduk dan perbarisan. Johan bagi pertandingan kategori sepanduk & perarakan memperoleh wang tunai RM1,000.00 dan sijil penghargaan. Naib Johan bagi kategori sepanduk & perarakan memperoleh wang tunai RM800.00 dan sijil penghargaan dan tempat ketiga bagi kategori sepanduk & perarakan memperoleh RM600.00 dan sijil penghargaan.

Maulud Labuan 001 Maulud Labuan 002
Maulud Labuan 004 Maulud Labuan 005

 

Foto dan teks oleh:

JAWI Labuan


Cetak   Emel