05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pelepasan Sekretariat Skuad JAWI Prihatin Ke Program Jalinan Amal Misi Bantuan Banjir

Sekretariat IMG 0089

7 Januari 2015 (RABU) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menyertai Misi Pasukan Bantuan Pasca Banjir bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang telah memulakan majlis pelepasan di Kompleks D, Putrajaya.

Majlis Pelepasan Flag Off ini telah disertai oleh Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU), Jakim dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim.

Misi bantuan ini adalah kesinambungan dari usaha-usaha yang telah pun dijalankan oleh bahagian-bahagian di Jakim seperti Bahagian Dakwah, Bahagian Halal, Bahagian Khidmat Pengurusan, Masjid Tuanku Mizan, Masjid Negara dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Justeru itu, Misi Bantuan Pasca Banjir Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU), Jakim dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada kali ini adalah sebagai pelengkap kepada semua siri bantuan yang telah pun dilaksanakan sebelum ini oleh pelbagai Bahagian di Jakim.

Turut hadir, YBhg. Tan Sri Dato’ Syaikh Ismail Bin Muhammad, Imam Besar Masjid Negara, YBhg. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merangkap Yang Dipertua Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU).

Sekretariat IMG 0002 Sekretariat IMG 0022
Sekretariat IMG 0039 Sekretariat IMG 0077
Sekretariat IMG 0100 Sekretariat IMG 0110

 

Foto oleh:

Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria

Teks oleh:

Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan


Cetak   Emel