05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1436H/2015M

Maulud IMG 0105

3 Januari 2015 (Ahad) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menyertai Perarakan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1436H/2015M anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertempat di Masjid Putra, Putrajaya.

Majlis yang bertemakan ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’, ini telah disertai oleh 149 kontinjen membabitkan 12,325 peserta terdiri daripada 68 pasukan jabatan kerajaan, 33 badan berkanun, 13 swasta, 10 badan beruniform, empat sekolah, enam institut pengajian tinggi serta enam kontinjen badan bukan kerajaan (NGO). Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Y.A.B Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin.

Timbalan Perdana Menteri dalam ucapannya menekankan kepentingan perpaduan dalam kalangan umat Islam selain menjauhi kegiatan ekstremis adalah demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara.

Perarakan diketuai oleh YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1436H/2015M bersama YBhg. Dato' Haji Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan melibatkan perarakan sejauh 1.8 kilometer bermula di depan bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Persiaran Perdana menuju Masjid Putra.

Turut hadir, isteri Timbalan Perdana Menteri, YABhg. Puan Sri Datin Noorainee Binti Haji Abdul Rahman, Menteri Kabinet Berkenaan dan Perwakilan Negara Luar, YBhg. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah JAWI serta YBhg. Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali (Pengerusi PPZ MAIWP).

Maulud IMG 0078 Maulud IMG 0090
Maulud IMG 0091 Maulud IMG 0097
Maulud IMG 0113 Maulud IMG 0140

 

Foto dan teks oleh:

Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria


Cetak   Emel