05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pameran Sempena “Karnival Cinta Rasul Dan Prihatin Mangsa Banjir”

prihatin mangsa banjir

 

1 Januari 2015 (Sabtu) - Peka dan prihatin dengan nasib mangsa banjir di Pantai Timur, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Wangsa Maju dengan kerjasama Surau As Sa’adah, Seksyen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur mengambil inisiatif menganjurkan program “Karnival Cinta Rasul dan Prihatin Mangsa Banjir” di pekarangan surau berkenaan.

 

Karnival yang bermula pada jam 8.00 pagi itu juga diadakan bagi memupuk sifat cinta akan Rasulullah S.A.W dan dalam pada masa yang sama mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah S.A.W bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul 1436H.

 

Terdahulu, karnival berkenaan dirasmikan oleh Pengerusi PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan, YBhg. Dato’ Haji Mohd Nakhaie Ahmad yang juga merupakan Naib Yang Dipertua 4 PERKIM Kebangsaan.

Antara pengisian utama karnival tersebut ialah pameran yang disertai oleh pelbagai agensi kerajaan termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik turut dimuatkan sepanjang program berkenaan berlangsung. Antaranya ialah kempen derma darah, sukaneka, pertandingan mewarna, futsal, pertandingan gubahan, gunting rambut “ Back To School”, Bicara Muslimah oleh juara program Da’i Pendakwah Milenia, Nor Adibah binti Rozain, Ceramah Agama oleh Imam Muda Fakhrul serta persembahan pentas oleh Ustaz Zul Pandan dan Sham Kamikaze.

 

karnival karnival cinta
karnival cinta rasul prihatin mangsa
 

Disediakan Oleh:

Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

 

 

Cetak   Emel