05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SIRI BENGKEL SMART SOLAT BERSAMA REMAJA SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN SEMPENA CUTI PERSEKOLAHAN

 SRA SAIDINA ALI 2

 

Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Persatuan ulama Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan (PUMWP) dan NGO telah mengadakan Siri Bengkel Smart Solat kepada Remaja sekitar Wilayah Persekutuan sempena cuti persekolahan.  6 siri bengkel telah dilaksanakan seperti berikut:-

 

Siri

Tarikh

Tempat

Penceramah

1

29 November 2014

SRA Saidina Ali, Padang Balang

Ybhg. Us. Saripuddin Bin Ramli

2

29 November 2014

Rumah Perlindungan Remaja dan Kanak-kanak,   Taman Seri Puteri, Cheras

Ybhg. Us. Halim bin Zakaria

3

30 November 2014

Surau Al-Firdaus, sri Penara, Bandar sri   Permaisuri, KL

Ybhg. Us. Izzul Islam bun Husni

4

06 Disember 2014

Masjid Al-Ikhlasiah, Pantai Dalam, KL

Ybhg. Us. Mohd Yusri Hafiz bin Yusoff

5

07 Disember 2014

Surau Al-Firdaus, Sri Penara, Bandar Sri   Permaisuri, KL

Ybhg. Us. Ghazali bin Mohd Nor

6

13 Disember 2014

Masjid Al-Akram, Datuk Keramat, Kg. Datuk   Keramat, KL

Ybhg. Us. Mohd Yusri Hafiz bin Yusff

 

Program yang bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir jam 5.00 petang dan dikendalikan oleh penceramah yang berlainan manakal fasilitator pula terdiri daripada pelajar UKM, UM, USIM serta kakitangan dari Bahagian Pengurusan dakwah, JAWI. Program telah dihadiri oleh seramai 70-100 orang peserta sekitar perumahan tersebut.

 

Antara fokus utama bengkel adalah kepada motivasi ibadah, kesempurnaan toharah dan kesempurnaan solat. Peserta telah dibimbing secara teori dan praktikal berdasarkan mazhab syafie. Peserta juga telah dinilai dan disemak bacaan-bacaan dalam solat, tasmik bacaan Al-fatihah serta hukum-hukum yang berkaitan dengan toharah secara individu dan kumpulan dengan pelbagai bentuk seperti eksplorace dan LDK..

 

Antara objektif program adalah supaya anak remaja dapat menguasai ilmu fardu ain dengan baik serta dapat melaksanakan ibadat-ibadat dengan lebih sempurna dan berdasarkan sunnah Rasulullah SAW disamping untuk melahirkan remaja Islam yang berilmu dan berwibawa. Juga untuk mengisi masa terluang para remaja dengan pengisian yang bermanfaat.

 

Secara keseluruhannya, Peserta sangat berpuashati dan gembira kerana dapat mempelajari ilmu fardu ain dengan betul dan tepat serta dapat memahami teknik-teknik yang tepat berakaitan dengan toharah dan pergerakan dalm solat. Semoga pengisian ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para peserta dan terus diamalkan dalam kehidupan seharian serta menjadi bekalan dalam melaksanak ibadat seharian.

 

 SRA SAIDINA ALI 4  SRI PENARA S2
 SRA SAIDINA ALI 5 PANATAI DALAM 
SERI PENARA S2 TAMN SERI PUTERI

Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)


Cetak   Emel