05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM KEM SMART LIFE TRAINING FOR KIDS & TEENS 2014

 SL1

 

01-04 Disember 2014 | 08-11 Safar 1435H (Isnin-Khamis) – Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Masjid Bukit Aman dan Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan (PUMWP) telah menganjurkan Program Kem Smart Life Traning For Kids & Teens sempena cuti persekolahan bertempat di Dewan serbaguna Masjid Bukit Aman, Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur. 

Program yang berlasung selama 4 hari ini telah menerima sambutan yang sangat menggalakan dan telah dihadiri oleh seramai 115 orang peserta yang berumur antara 7-16 tahun sekitar Wilayah Persekutuan. Program yang bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang ini merupakan salah satu akiviti tahunan yang diadakan khusus kepada anak remaja sempena cuti persekolahan. Fokus utama program adalah kepada modul Smart Al-Quran, Smart Solat dan Smart Akhlak disamping kepimpinan dan motivasi.

Antara objektif program adalah untuk melahirkan remaja Islam yang berakhlak mulia, berwibawa dan mempunyai peribadi yang unggul serta remaja Islam yang cintakan ilmu dan mempunyai jatidiri yang utuh dalam menghadapi situasi semasa. Seterusnya menjadikan Islam sebagai cara hidup dan panduan peserta sebagai remaja muslim kearah menghadapi mehnah dan tribulasi kehidupan di samping memberi motivasi dan semangat kepada peserta untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan kehidupan remaja muslim sebagai generasi pewaris masa depan.

Antara pengisingan program yang telah disampaikan oleh penceramah yang berlainan setiap hari adalah:- 

  • Modul Smart Al-Quran: Belajar Asas Al-Quran - Mudah Tajwid- Talaqqi Al-Quran- setiap hari
  • Modul Smart Solat:        Teknik Bersuci - Teknik Solat Sakit - Teknik urus dan solat jenazah
  • Modul Smart Akhlak:     Teknik Urus Diri, Pakaian dan Makanan - Psikologi Remaja - Kecerdasan Emosi – Motivasi\
  • Ujian penilaian dalam bentuk eksplorace

Majlis Perasmian telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Af. Us. Hassan Al-Fadhli bin Abdul Rahman dan diikuti dengan ucapan aluan oleh YBhg. DCP Dato’ Shabudin b. Abdul Wahab, Pengerusi Masjid Bukit Aman. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Ustaz Che Hussain bin Isa, Timbalan Pengarah Operasi JAWI. Secara keseluruhannya, program ini mendapat sambutan yang cukup baik dan respon yang sangat positif daripada peserta. Semoga pengisian ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para peserta dan terus diamalkan dalam kehidupan seharian.

 

SL2  SL5 
 SL6  SL12
SL4 SL3
SL9 SL8
SL15 SL11

Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)


Cetak   Emel