05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Kembara Hijrah Bikers 2014 Ke Felda Wilayah Raja Alias II, Negeri Sembilan

Kembara IMG-20141208-WA0009

6 DISEMBER 2014 (Sabtu) – Seramai 250 orang yang terdiri daripada ahli kelab motosikal berkuasa tinggi terkemuka di Malaysia iaitu Kelab Motosikal 300KMJ, TM Bikers Malaysia, Puchong Bikers dan Kelantan Bikers Club (KBC) telah menyertai program Kembara Hijrah Bikers 2014 ke FELDA Wilayah Raja Alias II, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Program berkenaan merupakan program amal anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Malaysia (FELDA), Yayasan Taqwa - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Kelab iM4U.

Objektif program ini diadakan ialah bagi menarik minat golongan belia FELDA agar melakukan aktiviti yang bermanfaat dan tidak terjebak perkara-perkara yang menyalahi undang-undang contohnya seperti gejala dadah.

Pelepasan konvoi (flag off) yang bermula pada jam 9.00 itu disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim. Hadir sama ialah YBhg. Dato’ Haji Razali Bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim dan YBhg. Datuk Ali Mohamed, Pengarah Bahagian Dakwah Jakim.

Manakala majlis perasmian program dan penyerahan bantuan di FELDA Wilayah Raja Alias II, Negeri Sembilan disempurnakan oleh YB Tan Sri Dato’ Seri Utama Haji Mohd. Isa Bin Dato' Haji Abdul Samad, Pengerusi FELDA.

Antara pengisian yang dimuatkan sepanjang program tersebut berlangsung ialah ceramah Santai Kembara Rohani bertajuk Nikmat Berhijrah oleh YBhg. Ustaz Muhammad Hatta Bin Ghazali, Pegawai Tadbir Agama Islam Kuala Pilah, penyerahan bantuan oleh bikers kepada penduduk FELDA kawasan terbabit serta permainan persahabatan Futsal Bikers Bersama Belia FELDA (Bikers Team vs FELDA Team).

Kembara IMG 0028 Kembara IMG-20141208-WA0007
Kembara IMG 0080 Kembara IMG 0098
Kembara IMG-20141208-WA0018 Kembara IMG-20141208-WA0017

 

Foto dan teks oleh:

Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan


Cetak   Emel