05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Solehah Integrated Camp (SIC) Zon 2

Solehah 06

28 November 2014 (Jumaat) – Pejabat Pentabiran Zon 2, JAWI telah mengambil inisiatif menjadikan cuti persekolahan akhir tahun 2014 lebih bermakna dengan mengadakan program Solehah Integrated Camp (SIC) kepada remaja perempuan.

Program motivasi selama 3 hari 2 malam itu dihadiri sebanyak 50 remaja perempuan yang bertempat di Nur Laman Bistari, Ulu Yam Selangor yang dirasmikan oleh Tuan Haji Abd. Nasir Bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Kariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Program SIC memberi fokus kepada pembentukan sikap muslimah sejati menerusi aktiviti-aktiviti seperti sesi ceramah, kuliah agama, praktikal solat, qiamullail, latihan kendiri dan aktiviti explorace yang bercirikan Islamik.

Pengisian hari pertama berkenaan slot “Sahabat Selamanya” yang bertujuan untuk membina kemesraan di kalangan para peserta. Manakala pada hari kedua pula para peserta melakukan aktiviti pengukuhan ilmu fardhu ain dalam diri seperti slot “Hikmah Thaharah”, “Sempurnakan Solatmu” dan aktiviti “Explorace Islamik”.

Kebanyakan peserta yang mengikuti program ini merasa amat gembira dan seronok kerana berpeluang menambahkan ilmu disamping berkenalan dengan ramai kawan-kawan baru. Melalui program ini juga, mereka semakin sedar akan kepentingan menjadi seorang muslimah solehah yang sentiasa menjaga hubungan baik dengan Allah, ibu bapa, saudara mara dan rakan taulan.

Solehah 08 Solehah 09
Solehah 03 Solehah 07
Solehah 05 Solehah 04

 

Foto dan teks oleh:

Puzat Zon 2


Cetak   Emel