05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS PERBANDINGAN AGAMA SAUDARA MUSLIM 2014-JAWI PUTRAJAYA


PERBANDINGAN AGAMA 03
 

29 – 30 NOVEMBER 2014 (SABTU - AHAD) – Kursus Perbandingan Agama Saudara Muslim 2014 telah diadakan di Bilik Mesyuarat, JAWI Cawangan Putrajaya. Program ini dianjurkan oleh Unit Pengurusan Dakwah JAWI Cawangan Putrajaya dengan melibatkan seramai 20 orang peserta dari kalangan saudara muslim yang bekerja atau menetap di sekitar Putrajaya.

Objektif utama kursus ialah untuk memberi pendedahan kepada saudara muslim tentang beberapa konsep yang berkaitan dengan agama dan kepercayaan. Disamping itu menjelaskan tentang perbezaan – perbezaan di antara agama yang datang dari langit ( samawi ) dengan doktrin yang diilhamkan oleh manusia.

Pengisian program adalah berdasarkan sesi ceramah pada hari pertama kursus mengenai Pengenalan Agama Samawi dan Hakikat Kristian, Isu-isu agama antara Islam, Kristian dan Yahudi dan Dalil kebenaran Agama Islam: Satu analisis perbandingan dengan Agama Kristian dan Yahudi oleh Ustaz Ahmad Zaky bin Md. Ali@Tahir, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jakim. Manakala sesi ceramah pada hari kedua kursus disampaikan oleh Ustaz Danial Hakim Boey bin Abdullah dari Yayasan Restu, Selangor mengenai Agama dan Budaya, Hubungkait Agama dan Budaya dalam kehidupan dan Kesan dan Implikasinya  dalam kehidupan seorang muslim.


PERBANDINGAN AGAMA 01 PERBANDINGAN AGAMA 02
PERBANDINGAN AGAMA 04 PERBANDINGAN AGAMA 05
 PERBANDINGAN AGAMA 06  PERBANDINGAN AGAMA 07

 
Disediakan Oleh:

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,

Cawangan Putrajaya.

 


Cetak   Emel