05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS PEMANTAPAN AKIDAH SAUDARA MUSLIM 2014-JAWI PUTRAJAYA

KURSUS PEMANTAPAN AKIDAH SAUDARA MUSLIM 2014-JAWI PUTRAJAYA


AKIDAH 01
 

 

15 - 16 NOVEMBER 2014 (SABTU - AHAD) – Kursus Pemantapan Akidah Saudara Muslim 2014 telah diadakan di Bilik Mesyuarat, JAWI Cawangan Putrajaya. Program ini dianjurkan oleh Unit Pengurusan Dakwah JAWI Cawangan Putrajaya dengan melibatkan seramai 26 orang peserta dari kalangan saudara muslim yang bekerja atau menetap di sekitar Putrajaya.

Objektif utama kursus ialah untuk memberi pendedahan kepada saudara muslim tentang ajaran Islam yang sebenar dan memahami tuntutan sebagai hamba Allah (s.w.t). Disamping itu memberi penekanan tentang ancaman-ancaman akidah Islamiah dan implikasinya dalam kehidupan muslim masa kini.

Pengisian program adalah berdasarkan sesi ceramah pada hari pertama kursus mengenai Pengenalan Ahli Sunnah wal Jamaah, Ajaran Sesat dan Cabarannya Masa Kini dan Ajaran Syiah, Sejarah dan Kesannya dalam Kehidupan oleh Ustaz Eizzul A’la bin Bajuri, Cawangan Akidah, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jakim. Manakala sesi ceramah pada hari kedua kursus disampaikan oleh Ustaz Iszam bin Padil, INTAN Bukit Kiara mengenai Peranan Akidah dalam membina Jati Diri Muslim, Hubungan Akidah dan Ibadah dalam Kehidupan dan Akidah Tauhid Benteng Menghadapi Dakyah dan Cabaran Semasa.


AKIDAH 02 AKIDAH 03
AKIDAH 04 AKIDAH 04
 AKIDAH 06  AKIDAH 07

 
Disediakan Oleh:

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,

Cawangan Putrajaya.

 


Cetak   Emel