05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Asas Falak Syarie 2014

24 - 26 November 2014 - Unit Syariah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Kursus Asas Falak Syarie 2014 bertempat di Dewan Hadhari, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Antara objektif penganjuran kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada semua kakitangan mengenai ilmu-ilmu berkaitan Falak Syarie disamping dapat mengetahui asas penyediaan dalam pengiraan waktu solat, taqwim hijri serta arah kiblat. Melalui kursus ini juga dapat mempromosikan bidang falak dan astronomi kepada semua.

Seramai 30 orang peserta yang terdiri dari pegawai dan kakitangan JAWI telah berjaya mengikuti kursus tersebut. Pengisian kursus melalui tajuk-tajuk yang menarik seperti Pengenalan Sistem Cerapan Hilal & Sistem Taqwim, Pengenalan Penentuan Arah Kiblat, Pengiraan & Kaedah Penentuan Arah Kiblat, Pengiraan Waktu Solat. Penceramah jemputan terdiri daripada dua orang ilmuwan falak Malaysia iaitu Tuan Haji Hanafiah bin Abd. Razak dari Jabatan Mufti Negeri Johor dan Ustaz Hardi bin Mohd Sadali Dari Jabatan Mufti Negeri Selangor. Pada hari terakhir berkursus para peserta telah dibawa melawat ke Kompleks Baitul Hilal, Teluk Kemang, Port Dickson untuk mengetahui dengan lebih jelas peralatan dan kaedah yang digunakan untuk mencerap serta berpeluang mencuba menggunakannya.

 

picture 1 Picture 2
 Picture 3  picture 4

Cetak   Emel