27 Pengurus Jenazah Ikuti T.O.T di Perak
12 November – 13 November 2014 - Bahagian Pengurusan Dakwah melalui Unit Kebajikan Islam telah menganjurkan Kursus T.O.T (Training of Trainer) Pengurusan Jenazah 2014 bertempat di Yeob Bay Resort, Teluk Senangin, Perak Darul Ridzuan. Objektif kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan lagi kemahiran peserta dalam mengurus jenazah di samping menaikkan motivasi dan jati diri para peserta. Selain daripada itu ia bertujuan untuk mengumpulkan pengurus-pengurus jenazah yang aktif di peringkat komuniti sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi berkongsi pengalaman di samping bertukar-tukar pendapat dalam meningkatkan lagi kemahiran ketika menguruskan jenazah di tempat masing-masing. Seramai 27 orang peserta telah turut serta dalam program selama 3 hari 2 malam ini. Pengisian kursus ini telah dikendalikan oleh Dr. Muhammed bin Yusuf dan Dr. Faizuri bin Abd Latif dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Sebagai makluman, program ini adalah merupakan program tahunan Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. |
Disediakan oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) |