Kontigen Wilayah Persekutuan Naib Johan Keseluruhan Ihtifal KAFA Kebangsaan 2014
1 |
Kontinjen Wilayah Persekutuan Naib Johan Keseluruhan Ihtifal KAFA Kebangsaan 2014
Baru-baru ini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Majlis Ihtifal KAFA peringkat kebangsaan dengan Kerjasama Jabatan agama Islam Negeri Pahang (JAIP) yang diadakan pada 14 November hingga 17 November bertempat di Bukit Gambang City Resort. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah JAKIM bagi mewakili YBHG. Mejar Jeneral Jamir Khir bin Hj.Baharom Menteri di Jabatan Perdana Menteri .
Sebanyak 14 buah negeri telah menyertai pertandingan ini. Kontingen Wilayah Persekutuan diketuai oleh Pn. Nor Asiah binti Harun beserta 40 ahli kontingen yang terdiri daripada pegawai, peserta , guru pengiring dan urusetia. Acara yang disertai ialah Nasyid Lelaki, Nasyid Perempuan ,Tilawah Lelaki & Perempuan, Syarahan Lelaki & Perempuan, Kesenian Khat dan Tulisan JAWI. Keputusan dalam pertandingan, Wilayah Persekutuan merangkul 2 johan dan 1 tempat ketiga. Wakil peserta Wilayah Persekutuan yang telah berjaya menjadi Johan dalam acara Tilawah al Quran lelaki ialah Muhammad Hadif Bin Fajuri dan Johan bagi acara Tulisan Jawi (Perempuan) pula diwakili oleh Anis Nur Huda Binti Zainurrahmana serta tempat ketiga bagi Kesenian Khat diwakili oleh Luqmanul Hakim Bin Ahmad Shakamil. Secara keseluruhannya ihtifal ini memberi peluang murid-murid KAFA menunjukkan bakat mereka.
Berita dan gambar, Bahagian Pelajaran, JAWI |