17 November 2014 (Isnin) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) terus menjadi destinasi lawatan agensi-agensi lain dan yang terkini ialah dari Pertubuhan Bukan Kerajaan iaitu Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Temerloh, Pahang.
Lawatan sambil belajar ini merupakan salah satu inisiatif PERKIM Cawangan Temerloh untuk mendapatkan maklumat mengenai pengurusan serta prosedur perkahwinan membabitkan saudara baru di Wilayah Persekutuan.
Delegasi terbabit yang disertai seramai 43 orang dan diketuai oleh YBhg. Dato' Haji Redzwan Bin Harun, PERKIM Cawangan Temerloh, Pahang itu tiba di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur pada jam 3.00 petang.
Majlis dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Ustazah Zaini Naura Aza binti Md Zain, Ketua Penolong Pengarah, Cawanggan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI dan diteruskan dengan taklimat berkaitan prosedur perkahwinan membabitkan saudara baru di Wilayah Persekutuan oleh Ustaz Hazman bin Hashim, Penolong Pengarah, Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga JAWI.
Acara lawatan di JAWI berakhir pada jam 5.00 petang dengan sesi bergambar beramai-ramai di Dataran Kompleks JAWI.
Foto dan teks oleh:
Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan
|