Seminar Muaddib Pendakwah Milenia JAWI Labuan 2014
19 Oktober 2014 (Ahad) – Telah berlangsung Seminar Muaddib Pendakwah Milenia Anjuran Bahagian Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan yang diadakan di Dewan Syura Masjid Jamek An-Nur W.P Labuan dan telah dirasmikan oleh YBhg. Al-Fadhil Ustaz Mohd Ghaus Bin Musa, Penolong Pengarah Pelajaran JAWI Labuan. Seminar ini disampikan oleh YBhg. Al-Fadhil Ustaz Shahirul Bin Abdullah dari Sekolah Kebangsaan Layang-Layangan W.P Labuan. Seminar ini telah membincangkan dua tajuk iaitu Muaddib Sebagai Pendakwah dan Muaddib Dan Cabaran Masa Kini yang disertai seramai 100 Orang iaitu Guru Sekolah Rendah Agama Islam (SRAI), Guru Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) Dan Guru Pusat Saudara Baru Kita (PPSK). Objektif seminar ini adalah bertujuan melahirkan guru yang mempunyai ciri-ciri pendakwah dalam menyebarkan kefahaman Islam kepada murid-murid pada zaman Milenia ini dan mengubah persepsi yang salah tentang tugas berdakwah apabila ramai yang beranggapan bahawa berdakwah dilakukan oleh golongan ulama’ sahaja.
Foto dan teks oleh: Bahagian Pelajaran, JAWI, Cawangan Labuan |