103 Hadiri Ceramah Aqidah Muslimin Siri 6/2014
30 OKTOBER 2014 | 06 MUHARRAM 1435H (KHAMIS) - Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan CERAMAH AQIDAH MUSLIMIN SIRI 6/2014 bertempat di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana Kuala Lumpur. Program ini dihadiri 103 orang peserta dari pelbagai agensi Kerajaan dan Badan Berkanun ini bertujuan:
Ceramah Siri ke-6/2014 ini membincangkan berkaitan dengan Aqidah Muslimin Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kuliah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Mustakim bin Mahmood @ Fauzi dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Semoga pengisian ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para peserta khususnya dalam memantapkan aqidah kerana tanpa akar yang kuat nescaya tumbanglah pokok.
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI |