05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

Konvensyen Pengurusan Masjid/Surau Dan Pegawai Masjid Di Wilayah Persekutuan Tahun 2014

 

KMWP1

21 Okt 2014 (Selasa) – Bahagian Pengurusan Kariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)  telah menganjurkan Konvensyen Pengurusan Masjid/Surau Dan Pegawai Masjid Di Wilayah Persekutuan Tahun 2014 bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta Kuala Lumpur.

pp

Program ini merupakan salah satu aktiviti yang dirancang khusus bagi mengumpulkan Ahli-Ahli Jawatankuasa Masjiddan Pegawai-Pegawai Masjid seluruh Wilayah Persekutuan. Program ini bertujuan mewujudkan jaringan kerjasama antara Ahli-Ahli Jawatankuasa Masjid, Pegawai-Pegawai Masjid dan JAWI. Selain daripada pendedahan para peserta juga dapat bertukar-tukar fikiran di kalangan peserta berkaitan pengurusan masjid bagi membangun dan memantapkan lagi semua  institusi masjid di Wilayah Persekutuan khususnya.

...

Pengisian program telah bermula seawal jam 8.30 pagi dengan pembentangan kertas kerja pertama yang bertajuk “Pengurusan Masjid Mengikut Akta 505 (Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993) oleh Encik Mohd Syahrizal Syah Bin Zakaria Ketua Unit Undang-Undang MAIWP. Seterusnya disusuli dengan Majlis Perasmian yang telah disempurnakan YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. YB Menteri juga telah berbesar hati menyampaikan hadiah kepada pengerusi-pengerusi yang mewakili masjid-masjid yang telah berjaya memenangi Anugerah Bilik Air dan Tempat Wuduk Terbaik Masjid dan Surau di Wilayah Persekutuan. Masjid-masjid dan surau yang terbaik adalah seperti berikut :-

...

  1. Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju        - Tempat Pertama
  2. MasjidAl-Najihin, Bdr Seri Pemaisuri                 - Tempat Ke-2
  3. Masjid Al-Imam Al-Termizi, Jalan Klang Lama  - Tempat Ke-3
  4. Surau Munawwarah Putrajaya                           - Surau Terbaik

Turut hadir ialah YBhg. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah JAWI, Ketua Pengarah JAKIM, Ahli-Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Pegawai-Pegawai Kanan JAWI.

Konvensyen ini diakhiri dengan pembentangan kertas kerja kedua oleh Prof. Dato’ Zakaria Stapa, Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia bertajuk “Pengurusan Kewangan Masjid”.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya menarik perhatian para jemputan melalui jumlah kehadiran yang telah mencapai sasaran seramai 1000 orang dan sesi soal jawab yang amat  menggalakkan bersama pembentang kertas kerja. 

KMW2 KMW3
KMW4 KMW5
KMW6 KMWP1
 
Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Kariah,
JAWI, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel