Kursus Kefahaman Islam Siri 2/2014
23 hingga 24 September 2014 - Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), telah menganjurkan KURSUS KEFAHAMAN ISLAM SIRI 2/3014 bertempat di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur. Program telah dirasmikan oleh Ustaz Mohd Zaidi Bin Ramli, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Program yang dihadiri 90 orang peserta dari pelbagai agensi Kerajaan dan Badan Berkanun ini bertujuan:
Hari pertama, 23 September 2014. Slot 1 dimulakan dengan tajuk "Persijilan Halal Malaysia" diikuti Slot 2 "Isu-isu Halal Malaysia". Kedua-duanya disampaikan oleh Ustaz Hawari dari bahagian Hub Halal JAKIM. Slot ketiga di sebelah petang bertajuk "Islamofobiakah kita?" telah disampaikan oleh Ustaz Nik Mohd Marzuki B Mohd Noor dari Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI. Manakala pada hari kedua, 24 Sept 2014, slot 1 "Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah" disampaikan oleh Ustaz Mohd Mustakim dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Slot 5 "Tazkiah an-Nafs" disampaikan oleh Ustaz Mohd Zaidi B Ramli dari Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI manakala Slot 6 "Muhibbah antara Kaum" disampaikan oleh Ustaz Wan Jaapar dari JAWI Cawangan Putrajaya. Moga program sebegini bukan sahaja untuk mencukupi kuota tujuh hari setahun berkursus, namun ilmu dan pengalaman yang dikongsi dapat dimanfaatkan dalam amalan seharian. Foto dan Teks oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI |