KURSUS PENGURUSAN JENAZAH DENGAN KERJASAMA BADAN KEBAJIKAN MUTIARA DAN MUSLIMAT SURAU
22 SEPTEMBER 2014 (ISNIN) - Unit Pengurusan Kariah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya dengan Kerjasama Badan Kebajikan Mutiara dan Muslimat Surau An-Najah Presint 9 telah mengadakan kursus Pengurusan Jenazah bertempat di Surau An-Najah Presint 9. Program ini melibatkan anak-anak kariah Presint 9 dan kelab Mutiara Putrajaya.
Objektif utama kursus ini ialah untuk memberi pendedahan tentang konsep Pengurusan Jenazah dalam Islam dan memberi bimbingan dalam melaksanakan Pengurusan Jenazah secara efektif. Pengisian program adalah berdasarkan sesi ceramah mengenai pengurusan jenazah , sebelum dan selepas berlakunya kematian. Bagi slot latihan dalam kumpulan ( LDK ) pula, peserta kursus diberi pendedahan awal tentang peralatan yang lazim digunakan dalam pengurusan jenazah dan cara menggunakannya. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Cawangan Putrajaya.
|