Kursus Meningkatkan Teknik Pengajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab
Kursus Meningkatkan Teknik Pengajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Guru-guru SRA JAWI 2014 8hb dan 9hb September 2014 (Khamis – Jumaat) - Kursus Meningkatkan Teknik Pengajaran Bahasa Arab telah diadakan kepada guru-guru Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Kursus ini telah diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Seramai 55 orang guru SRA JAWI khususnya yang mengajar matapelajaran Bahasa Arab telah menyertai kursus tersebut. Penceramah kursus adalah Ustaz Hj. Aminuddin Bin Ab. Rahman dan Ustazah Firdaus Binti Abdul Fattah iaitu pensyarah dari Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPG KIK). Kursus Meningkatkan Teknik Pengajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arabini diadakan bertujuan memberi pendedahan berkaitan teknik, pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang terdapat di dalam matapelajaran Bahasa Arab kepada guru-guru SRA JAWI. Selain itu juga, kursus ini bertujuan melahirkan guru-guru SRA JAWI yang mahir dalam pengajaran Bahasa Arab seterusnya dapat menjadi fasilitator kepada guru lain.
|