PROGRAM JALINAN KASIH BERSAMA ANAK YATIM 2/2014
PROGRAM JALINAN KASIH BERSAMA ANAK YATIM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR SIRI 2/2014
17 September 2014 hingga 19 September 2014 - Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Bersama Anak Yatim Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertempat di Impian Rimba Resort, Batu 22 Jalan Pangsun, Hulu Langat, Selangor. Objektif program ini diadakan adalah bagi memberi motivasi dan kesedaran selain kefahaman tentang Islam untuk membantu anak-anak yatim yang sedang meningkat dewasa ini supaya tidak terjebak ke kancah gejala sosial yang semakin membimbangkan. Program ini juga bertujuan untuk melahirkan rasa kasih sayang sesama saudara Islam agar golongan anak anak yatim ini tidak merasa terpinggir daripada kelompok masyarakat. Seramai 60 peserta di kalangan anak-anak yatim dari Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa dan anak-anak asnaf dari Yayasan Chow Kit Kuala Lumpur telah turut serta dalam program selama 3 hari 2 malam ini. Pengendali program ini adalah seramai 5 orang terdiri daripada pelatih dan fasilitator daripada CSQ Training Center. Urusetia yang terlibat adalah seramai 6 orang kakitangan daripada Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI
|