SANTUNI KOMUNITI DISAYANGI
Santuni Komuniti Disayangi
18 September 2014 (Khamis)-Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama 1Charity Foundation telah mengadakan Program Pemberian Makanan Kepada Komuniti Disayangi pada 18 September 2014 (Khamis) bermula jam 10.00 malam hingga 2.00 pagi. Program mingguan ini telah diadakan sejak tahun 2010 bertempat di hadapan Bank Muamalat, Jalan Melaka, Kuala Lumpur.
Program dakwah bil hal ini bertujuan menyantuni golongan gelandangan sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Selain makan malam percuma, kuiz pengetahuan am dan fardhu ain, golongan ini juga mendapat rawatan dan cucian rambut percuma daripada para sukarelawan.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sedikit demi sedikit telah berjaya membentuk disiplin diri golongan gelandangan. Diharapkan program seperti ini akan mendekatkan lagi hati golongan gelandangan dan para daie seterusnya membuatkan mereka kembali ke arus perdana masyarakat.
Foto & Teks oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI
|