Komuniti Disayangi Terus Dibimbing Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Kelas Pengajian Islam Komuniti Disayangi bagi golongan asnaf dan gelandangan bertempat di Kedai Makan Asnaf 1Malaysia, Bangunan Darul Jam’iyah, Jalan Rahmat Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Kelas-kelas yang dianjurkan ini bertujuan bagi membina sahsiah dan rohani golongan asnaf dan gelandangan dalam mendepani cabaran kehidupan miskin bandar yang kian meruncing. Pengajian merangkumi kelas al-Quran, motivasi dan fardhu ain ini diadakan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 12.15 – 12.45 tengahari dengan dihadiri oleh 40 orang peserta pada satu-satu masa. Kelas-kelas yang telah dijalankan adalah seperti berikut:
Tarikh : 8 September 2014 (Isnin) Tajuk : Makhraj Huruf Tenaga Pengajar : Us. Mohd. Khairul Ariffin bin Ilias
Tarikh : 9 September 2014 (Selasa) Tajuk : Motivasi: Hati dan Qalbu Tenaga Pengajar : En. Mohd. Raffie b. Jaafar
Tarikh : 10 September 2014 (Rabu) Tajuk : Pengajian Al-Quran Kaedah Al-Baghdadi: Pelajaran 1 Tenaga Pengajar : Us. Mohd. Khairul Ariffin bin Ilias
Tarikh : 11 September 2014 (Khamis) Tajuk : Tazkirah: Amar Makruf Nahi Mungkar Tenaga Pengajar : Us. Khaime Farzu b. Muhamad
Foto & teks oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI |