05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pameran Sempena Program Wacana Ilmu @ JKR

Wacana DSC 0720
 

3 September 2014 (Rabu) – Bahagian Penyelidikan,Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)telah mengadakan Pameran Program Wacana Ilmu @ JKR di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya. Program dua hari berturut-turut yang berakhir pada 4 September 2014 (Khamis) bermula dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang ini dihadiri oleh kakitangan JKR seluruh Malaysia yang dianggarkan seramai 650 orang.

Tujuan diadakan program seperti ini adalah untuk memberi kesedaran, pemahaman dan isu kepenggunaan mengenai konsep pemakanan halalan toyyiban, mendedahkan isu-isu semasa berkaitan halal serta kerja-kerja, peranan dan fungsi aktiviti bahagian kepada peserta.

Pada 3 September 2014 (Rabu), Bahagian Penyelidikan telah turut serta dalam Program Kursus Transformasi Penjaja 2014 bertempat di Dewan Serbaguna Setiawangsa DBKL anjuran DBKL dengan menyampaikan taklimat konsep halalan toyyiban kepada penjaja-penjaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Program setengah hari itu dihadari anggaran 50 orang perserta yang terdiri daripada penjaja yang mendapat lesen daripada DBKL.

Wacana IMG 2803 Wacana DSC 0680
Wacana IMG 2809 Wacana IMG-20140903-WA0005
   
Foto dan teks oleh:
Bahagian Penyelidikan,
JAWI, Kuala Lumpur

Cetak   Emel