Program Pemantapan Ilmu: Nikah, Cerai Dan Ruju’ Siri Ke-3
11 September 2014 (Khamis) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Program Pemantapan Ilmu: Nikah, Cerai dan Ruju’ siri ke-3 di Dewan Hadhari, JAWI. Program bermula daripada jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi dan telah disampaikan oleh YBhg. S.S Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan. Program ini telah disertai oleh Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Seramai 65 orang peserta telah menyertai program ini dan tajuk yang dibentangkan adalah tentang ‘Iddah dan Permasalahannya. Program ini mendapat sambutan dan respon yang baik daripada Pendaftar dan Penolong Pendaftar dan akan diteruskan pada siri yang berikutnya. Foto oleh: Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria Teks oleh: Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga |