JAWI Anjur Program Memperkasa Ilmu Tahsin Al-Sout
Melaka - 12 -14 September 2014, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan Kursus Tahsin Hafazan & Tilawah al-Quran Tahun 1435H/2014M bertempat di Puteri Resort Ayer Keroh, Melaka.
Majlis yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah iaitu YBhg. Ustaz Ahmad Zaidi bin Ramli dan 3 orang penceramah jemputan iaitu Ustaz Nik Azizan bin Dato’ Nik Jaafar, Ustaz Muhammad Zaki bin Ab. Rahman dan Ustaz Ahmad Mujahid bin Salleh Sani.
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan motivasi kepada para peserta khususnya kepada huffaz, qari dan qariah yang akan menyertai Majlis Hafazan al-Quran dan Majlis Tilawah al-Quran peringkat Wilayah Persekutuan. Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar dan individu dari agensi/jabatan kerajaan dan swasta telah menyertai kursus ini.
Dalam rangka memantapkan tahap bacaan al-Quran sama ada hafazan atau tilawah, Pengenalan kepada Ilmu Qiraat, Riwayat & Tariq, Penguasaan Hafazan dan Etika Hamalat al-Quran, Praktikal Hafazan al-Quran dan Tasmik Hafazan al-Quran serta Tahsin as-Sout menjadi pengisian dalam kursus ini.
Pada keseluruhannya kursus ini telah memberi manfaat yang besar khususnya dalam memupuk semangat kecintaan terhadap ilmu al-Quran kepada para peserta.
Gambar dan teks oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI