Taklimat Pengauditan Kewangan Masjid dan Surau Jumaat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya Bagi Tahun Kewangan Berakhir 2013 10 September 2014M/ 14 Zulkaedah 1435H (Rabu) - Bahagian Pengurusan Kariah JAWI dengan kerjasama Unit Audit Dalam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengadakan 3 siri Taklimat Pengauditan Kewangan Masjid dan Surau Jumaat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi tahun kewangan berakhir 2013. Taklimat telah disampaikan oleh pegawai daripada Syarikat Akauntan Bertauliah Taat & Associates yang dilantik oleh MAIWP untuk mengaudit kewangan Masjid dan Surau Jumaat.
Siri 1 telah dilaksanakan pada 8 September 2014 di Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan yang melibatkan Pengerusi dan Bendahari Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surau Jumaat dari Zon 3, 5 dan Putrajaya. Siri 2 telah dilaksanakan pada 9 September 2014 di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju yang melibatkan Pengerusi dan Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surau Jumaat dari Zon 2 dan 4. Manakala Siri 3 pula telah dilaksanakan pada 10 September 2014 di Masjid Al-Imam Al Ghazali, Bandar Manjalara yang melibatkan Pengerusi dan Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surau Jumaat dari Zon 1 dan 6.
Tujuan utama taklimat ini disampaikan adalah untuk memberi panduan dan kefahaman kepada pihak pengurusan Masjid/ Surau Jumaat terutamanya kepada Bendahari Jawatankuasa Kariah Masjid/Surau Jumaat mengenai proses dan dokumen-dokumen yang perlu disediakan ketika sesi pengauditan kewangan dijalankan. Mengikut jadual, sesi pengauditan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka akan bermula pada 15 September 2014. Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Kariah, JAWI, Kuala Lumpur
|
Jumlah paparan: 2880