Perhimpunan Bulanan dan Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri Kepada Kakitangan Sokongan JAWI 2014
Perhimpunan Bulanan dan Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri Kepada Kakitangan Sokongan JAWI 2014
Rabu 23 Julai 2014 ,Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI ) telah mengadakan Perhimpunan Bulanan dan Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilftri 1435H kepada Kakitangan Sokongan JAWI 2014 bertempat di Dewan Muktamar,Kompleks Pusat Islam,Kuala Lumpur. Majlis tersebut dihadiri oleh 596 orang pegawai dan kakitangan JAWI. Dalam majlis tersebut, YBhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya,Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menyampaikan Amanat Khas kepada pegawai-pegawai dan kakitangan JAWI sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi. Terlebih dahulu , semua ketua-ketua Bahagian termasuk Timbalan Pengarah Pengurusan, Encik Ahmad Rajiun Bin Abu Bakar dan Timbalan Pengarah Operasi, Ustaz Che Husain bin Isa juga telah menyampaikan ucapan ringkas sempena Hari Raya Aidilfitri kepada semua pegawai dan kakitangan yang hadir . Di akhir majlis, seramai 267 orang telah menerima sumbangan hari raya Aidilfitri berupa wang tunai yang telah di telah disampaikan oleh Pengarah JAWI kepada Kakitangan sokongan JAWI berjawatan tetap. Foto & teks oleh: Unit Perhubungan Awam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan |