05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program di Ambang Ramadhan 2014

Program di Ambang Ramadhan 2014
 
alt

19 Jun 2014/ 21 Sya'ban 1435H (Rabu) -
 
Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Program Di Ambang Ramadhan 2014 bertempat di Dewan Muktamar, Pusat Islam. Program bersempena kedatangan bulan mulia Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini telah dihadiri lebih 1000 peserta di kalangan kakitangan awam, swasta, NGO, IPT dan masyarakat awam. 

Program sehari ini dimulakan dengan slot 1 oleh Y.Bhg Prof Madya Dr Anisah Bt Abdul Ghani (Mantan Pensyarah Universiti Malaya) yang bertajuk "Fiqh Puasa : Bagaimana Madrasah Ramadan Boleh Melahirkan Individu yang Cemerlang". Program diteruskan dengan Forum di Ambang Ramadhan yang dibarisi - Panel 1: Y.Bhg Dr Ishak B Masud (Pakar Perubatan, Al-Islam Specialist Hospital) dan Panel 2: Y.Bhg Ustaz Baharuddin B Idris (Penolong Pengarah JAWI) dan moderator Y.Bhg Ustaz Mohd Radhi B Abdul Ghani (Penolong Pengarah JAWI). Slot 3 program - “Ramadan Medan Transformasi Kesihatan” yang telah disampaikan oleh Y.Bhg Dr. Mahathir Mohamed (Pakar Kesihatan dari Timeless Clinic). Slot beliau telah mendapat reaksi positif para penonton semasa demo latih tubi berkesan yang menggamatkan suasana dewan.

Semoga dengan pengisian dari aspek spritiual dan fizikal yang telah dikongsi bersama dapat dimanfaatkan dalam menjadikan Ramadan kali ini Ramadan yang terbaik.


alt alt
alt alt
alt alt

Foto dan Teks oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI

 

 


Cetak   Emel