05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Bengkel Kajian Dan Pemahaman Kes Jenayah Syariah

Bengkel Kajian Dan Pemahaman Kes Jenayah Syariah
alt
 
27 April 2014 (Ahad) – Bahagian Pendakwaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Bengkel Pemahaman dan Kajian Kes Jenayah Syariah bertempat di Hotel Putra, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur selama tiga hari sehingga 29 April 2014.
 
Bengkel Pemahaman dan Kajian Kes Jenayah Syariah adalah satu perbincangan bagi tujuan memberi pemahaman kepada saksi-saksi kes bicara jenayah Syariah. Ini kerana, kes-kes jenayah Syariah di Wilayah Persekutuan pada hari ini banyak melibatkan isu-isu dalam bicara yang sebelum ini agak jarang diketengahkan; oleh itu kepentingan untuk memberi faham kepada pegawai penyiasat, anggota operasi di dalam menguruskan pemeriksaan dan pengeledahan di lokasi kes; penahanan orang yang disyaki melalui perlaksanaan waran tangkap yang dimohon di peringkat penyiasatan kes dan lain-lain. Perkara-perkara ini dilihat sangat penting  bagi membentuk satu dasar kes yang kuat untuk proses perbicaraan dan juga sekiranya kes tersebut disemak secara semakan kehakiman di Mahkamah Sivil.
 
Bengkel ini disertai oleh sebahagian para pegawai pendakwa Syarie, anggota Bahagian Penguatkuasaan Agama JAWI, Bahagian Penyelidikan JAWI dan JAKIM serta Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan. Beberapa fasilitator juga dijemput untuk berkongsi pengalaman di dalam mengendalikan kes jenayah Syariah. Fasilitator yang dijemput mempunyai pengalaman mengendalikan kes jenayah di bawah undang-undang Syariah dan undang-undang Sivil. Mereka adalah Ketua Pendakwa Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan, Tuan Ibrahim bin Deris dan Tuan Abdul Shukor bin Abd Hamid, Ketua Pendakwa Syarie Selangor, Tuan Sakaria Samela, Ketua Pendakwa Syarie Negeri Sabah dan Penasihat Undang-undang JAKIM, Tuan Mohd Hamzah bin Ismail.
 
Bengkel ini dilihat berjaya memberi pendedahan kepada para peserta  mengenai kaedah-kaedah penyiasatan dan pengurusan kes; serta memberi pemahaman  berkenaan tanggungjawab setiap saksi kes jenayah Syariah. Para pegawai penyiasat juga telah didedahkan dengan kaedah penyiasatan yang lengkap dan penting untuk mengekstrak fakta-fakta berkaitan kes tersebut dari anggota operasi dan saksi luar yang terlibat di dalam sesuatu kes. Bengkel sebegini dilihat sangat penting untuk dijalankan dari masa ke semasa untuk memantapkan jentera penguatkuasaan dan pendakwaan kes jenayah Syariah di Wilayah-Wilayah Persekutuan khususnya.

alt alt

Foto dan teks oleh:
Bahagian Pendakwaan, JAWI

 


Cetak   Emel