Program Ihtifal Peringkat Zon-Zon Sra dan KAFA JAWI 2014
Program Ihtifal Peringkat Zon-Zon Sra dan KAFA JAWI 2014
Program tersebut bertujuan untuk mengasah bakat murid-murid di dalam bidang ko-kurikulum sekolah, selain membina sakhsiah murid ke arah pembentukan insan cemerlang, berkarisma dan inovasi melalui bimbingan guru-guru selari dengan dasar pemdidikan JAWI berpandukan al-Quran dan Sunah. Antara acara yang dipertandingkan ialah tilawah al-Quran, hafazan, bercerita, nasyid, penulisan khat dan syarahan. Penyertaan meliputi murid tahun satu hingga tahun 6 di SRA dan KAFA di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Johan bagi peringkat zon ini akan meneruskan perjuangannya ke peringkat Wilayah Persekutuan yang dijangka akan diadakan pada bulan Ogos 2014. Semoga dengan adanya program ini , ia membantu murid-murid untuk terus cemerlang dalam akademik dan bidang ko-kurikulum yang akhirnya melahirkan insan yang seimbang di antara dunia dan akhirat. |
||||||
Foto dan teks oleh: Bahagian Pelajaran, JAWI |
Jumlah paparan: 4349