Seminar Pasca Perkahwinan Tahun 2014
Seminar Pasca Perkahwinan Tahun 2014
Objektif seminar ini diadakan bagi mengukuhkan hubungan suami dan isteri ke arah membentuk rumahtangga yang bahagia serta membina dan memantapkan sebuah keluarga bahagia ke arah melahirkan masyarakat penyayang dan bersatu padu. Selain itu, dapat membentuk sebuah keluarga yang berbudi, penyayang dan bertoleransi di kalangan anggota keluarga. Terdapat dua slot ceramah yang diadakan iaitu ‘Ceramah 1: Agama Dijaga, Rumahtangga Terpelihara’ yang disampaikan oleh YBhg. Ustaz Zakaria Bin Mohamed, Ketua Imam Masjid Ar-Rahimah, Kg. Pandan. Manakala ‘Ceramah 2: Sedangkan Lidah Lagi Tergigit’ oleh YBhg. Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki, Personaliti TV dan Penceramah Bebas. Turut hadir, YBhg. Hjh. Kamariah Binti Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga.
Foto dan teks oleh: Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria |
Jumlah paparan: 3075