Pemeriksaan Penuh Kemenjadian Murid di SRA Al-Mustaqimah
Pemeriksaan Penuh Kemenjadian Murid di SRA Al-Mustaqimah
Pemeriksaan penuh melibatkan beberapa garis panduan di sekolah iaitu standard 1: kepimpinan dan hala tuju, standard 1: pegurusan organisasi, standard 2: pengurusan kurikulum dan hal ehwal murid, standard 4: pengajaran dan pembelajaran, standard 5: kemenjadian murid. Ia bertujuan mempertingkatkan kualiti pengurusan SRA serta sebagai kawalan mutu pembelajaran di sekolah selari dengan dasar pendidikan agama di JAWI. Seramai 17 orang guru sekolah tersebut dicerap untuk penilaian peningkatan mutu dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, beberapa sesi perbincangan dengan ketua -ketua panitia telah diadakan bagi memastikan kegiatan ko-kurikulum dapat dilaksanakan dengan baik. Hasil laporan dari pemeriksaan penuh tersebut telah dibentang kepada pihak sekolah pada 26hb Jun 2014. Usaha penambahbaikan oleh pihak sekolah diharap membantu peningkatan kualiti di SRA al-Mustaqimah. Foto dan teks oleh: Bahagian Pelajaran |
Jumlah paparan: 4087