Lawatan Kerja Bahagian Penyelidikan, JAWI Ke Bahagian Penyelidikan & Pembangunan JAIS
Lawatan Kerja Bahagian Penyelidikan, JAWI Ke Bahagian Penyelidikan & Pembangunan JAIS
Seramai 7 orang pegawai Bahagian Penyelidikan, JAWI turut serta dalam lawatan kerja ini yang diketuai oleh YBhg. Ustaz Anuar Hakim Bin Mohd Salleh, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JAWI. Turut hadir ialah, YBhg. Ustazah Salwana Binti Ahmad Dahlan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian R&D JAIS beserta dengan 8 orang pegawainya. Lawatan kerja ini diadakan bertujuan untuk bertukar maklumat mengenai proses kerja dan info semasa yang berkaitan dengan penyelidikan di samping untuk membina jaringan hubungan kerja yang lebih erat di antara dua agensi ini. Diharapkan supaya pertemuan ini dapat memberi manfaat dalam meningkatkan kerjasama dalam isu-isu yang berkaitan dengan penyelidikan. Foto dan teks oleh: Bahagian Penyelidikan, JAWI |
Jumlah paparan: 2957