Seminar Keindahan Rasm Uthmani
Seminar Keindahan Rasm Uthmani
Seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada ahli kariah Masjid Al-Muqarrabin, guru-guru daripada Sekolah Rendah Agama (SRA), pegawai dan kakitangan JAWI serta wakil Institut Pengajian Tinggi yang berhampiran telah menghadiri seminar ini. Sesi pertama seminar diisi dengan ceramah “Akta Pencetakan Teks Al-Quran (APTQ 1986)” yang disampaikan oleh YBhg Ustaz Muhammad Haniff bin Ahmad Jahidi daripada KDN. Manakala ceramah kedua pula disampaikan oleh YBhg Dr. Khairul Anuar bin Mohamad daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan tajuk “Keindahan Rasm Uthmani dan Dhabtul Quran (Penandaan al-Quran)”. Di samping itu, pihak KDN juga turut mengadakan pameran berkaitan bahan-bahan cetakan, contoh-contoh Al-Quran tersalah cetak dan sebagainya. Menerusi penganjuran seminar ini, diharapkan agar para peserta seminar akan mendapat pendedahan dan pemahaman mengenai sejarah, kaedah penulisan Rasm Uthmani serta mendapat pendedahan berkenaan penyelewengan terhadap al-Quran agar maruah dan kesucian al-Quran tidak dicemari. Foto dan teks oleh: Bahagian Penyelidikan, JAWI |
Jumlah paparan: 3117