Kursus Asas Keusahawanan Dan Kemahiran Kendiri Siri 1/2014
Kursus Asas Keusahawanan Dan Kemahiran Kendiri Siri 1/2014
Bengkel yang berlangsung selama 4 jam itu telah dibimbing oleh Cik Anisha Binti Ibrahim yang merupakan Pengurus Operasi daripada syarikat Million Heart Resources. Kursus ini telah mendapat respon yang sangat baik dikalangan peserta dan rata-rata berpuas hati dengan modul yang telah dilaksanakan. Cawangan ini sentiasa berusaha untuk menambahkan input dan meningkatkan pengetahuan semua pelajar dan penghuni asrama bukan sahaja dari segi ilmu pengetahuan agama malah dari aspek kemahiran agar mereka boleh berusaha dan berdikari. Foto dan teks oleh: Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI |
Jumlah paparan: 2959