Kembara Keinsafan Tunas Muda Zon 2 Tahun 2014
Kembara Keinsafan Tunas Muda Zon 2 Tahun 2014
Program sehari ini telah dijalankan di dua buah tempat yang telah terpilih iaitu di Rumah Seri Kenangan, Cheras (RSK) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Antara objektif program kembara tersebut adalah memberi kesedaran kepada beliawanis terhadap kepentingan menjaga, menyantuni serta memelihara hubungan yang baik terhadap warga tua, melahirkan golongan muda yang peka dan prihatin serta berkemahiran melakukan kerja-kerja kebajikan, dan memberi “moral support” kepada pesakit dan juga memenuhi tuntutan Islam dengan amalan menziarahi pesakit . 50 beliawanis dan 8 orang Biro Muslimah telah didedahkan dengan misi kembara ini. Sesi pagi, kumpulan kembara telah dibahagikan kepada enam kumpulan di Rumah Sri Kenangan (RSK) dengan aktiviti yang dijalankan iaitu sesi “Sharing Is Caring” bersama para penghuni, sesi Kluster Deco (hiasan dalaman bilik), dan sumbangan kepada para penghuni. Sementara itu, di PPUKM pula, peserta kembara di dedahkan ziarah pesakit di Wad-wad terpilih. Semua peserta berasa bersyukur dan amat berharap pendedahan seperti ini dapat diadakan setiap tahun. Foto dan teks oleh: Bahagian Pengurusan Kariah |
Jumlah paparan: 2587