Kursus Training Of Trainer (TOT) Tahsin al-Quran Guru-guru SRA JAWI
Kursus Training Of Trainer (TOT) Tahsin al-Quran Guru-guru SRA JAWI
Seramai 45 orang guru SRA JAWI khususnya yang mengajar mata pelajaran al-Quran dan Tajwid telah menyertai kursus tersebut. Penceramah kursus adalah Ustaz Zainuddin Bin Abdul Rahman dari Institut Islam Malaysia (ILIM). Kursus Training Of Trainer (TOT) Tahsin al-Quran ini diadakan bertujuan meningkatkan mutu bacaan al-Quran terutama dalam aspek tarannum dan tajwid dalam kalangan guru SRA JAWI serta memantapkan penguasaan guru untuk menjalankan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) mata pelajaran al-Quran dan tajwid. Selain itu juga, kursus ini bertujuan melahirkan guru-guru SRA JAWI yang mahir dalam pengajaran khususnya mata pelajaran al-Quran dan Tajwid seterusnya dapat menjadi fasilitator kepada guru lain. Diharapkan dengan penganjuran kursus ini, dapat menambah baik kualiti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di SRA JAWI dan secara tidak langsung dapat melahirkan murid SRA yang mahir dalam pembacaan al-Quran. Foto dan teks oleh: Bahagian Pelajaran |
Jumlah paparan: 3775