Seminar Kefahaman Islam Siri 1/2014 ‘Kita Ahli Sunnah Wal Jamaah’
Seminar Kefahaman Islam Siri 1/2014 ‘Kita Ahli Sunnah Wal Jamaah’
Dua kertas kerja telah dibentangkan sempena seminar ini iaitu kertas kerja pertama bertajuk “Firqatun Najiyah:Ahli Sunnah Wal Jamaah Adalah Golongan Yang Terselamat” telah dikupas dengan terperinci oleh penceramah jemputan Ustaz Mohd Mustakim Bin Mahamood@Fauzi dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Manakala kertas kerja kedua bertajuk “Ahli Sunnah Wal Jamaah Sebagai Manhaj Akidah Ketuhanan Yang Sahih” dibentangkan oleh Dr Mohd Sobri Bin Ellias dari Universiti Malaya Kuala Lumpur. Kupasan menarik yang dapat dikongsikan bersama daripada dua pembentangan ini adalah penegasan bahawa hanya akidah yang terbukti selari dengan al-Qur’an dan al-Hadith sahaja sah dan layak untuk diamalkan oleh umat Islam. Akidah tersebut dapat difahami sebagaimana yang dihuraikan oleh Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah dan ia merujuk kepada aliran pemikiran wasatiyyah yang telah digagaskan oleh dua tokoh penting dalam tradisi kalam iaitu Abu al-Hasan al-Asy‘ari dan Abu Mansur al-Maturidi. Manakala kewujudan aliran-aliran yang bercanggah dengan prinsip asas Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah tidak diterima. Semoga dengan penjelasan yang telah dikongsi bersama mampu mencapai objektif program ini agar setiap yang hadir dapat memahami asas pegangan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di samping memberi pencerahan tentang pegangan yang bertentangan dengannya. Foto oleh: Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan, Teks oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah |
Jumlah paparan: 2812